Polis tahan wanita lacur anak sendiri

Polis hari ini menahan dua wanita termasuk seorang ibu disyaki melacurkan anak kandungnya berusia 14 tahun untuk melangsaikan masalah hutang, di Lawas, Limbang, Sarawak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, tangkapan pertama dilakukan pada pukul 2.15 petang di Jalan Liaw Kim Liu, Lawas, melibatkan suspek berusia 30 tahun yang merupakan ibu kandung mangsa.

“Tangkapan kedua pada pukul 3.05 petang apabila polis menangkap wanita berusia 45 tahun yang juga pemilik karaoke di sebuah kedai di Jalan Haji Matussin, Lawas,” katanya dalam kenyataan.

Dev berkata polis sedang dalam proses mengenal pasti identiti dan memburu lelaki yang didakwa merogol remaja perempuan itu.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Pejabat Daerah Lawas pagi esok untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) (a) & (d) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang tidak lagi bersekolah membuat laporan di Balai Polis Lawas pada pukul 10.55 pagi tadi, dengan bantuan ketua kampung tempat mangsa tinggal.

“Mangsa bekerja sebagai pelayan di sebuah karaoke di Lawas. Dia dipaksa oleh ibu kandungnya dan pemilik karaoke tersebut untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya,” katanya.

Dev berkata mangsa mendakwa ibunya mempunyai masalah kewangan yang serius akibat terlalu banyak berhutang dan meminta dia mengikut lelaki terbabit ke sebuah hotel di Lawas.

“Mangsa melihat lelaki itu membayar RM1,000 kepada pemilik karaoke, seorang wanita berusia 45 tahun, dan kejadian berlaku pada April 2017, dengan mangsa mendakwa lelaki tersebut merogolnya tiga kali di sebuah bilik di hotel tersebut,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang sebelum ini merahsiakan insiden tersebut, akhirnya melaporkan kejadian tersebut kepada ketua kampung di kawasan tempat tinggalnya.

Bernama



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password