Polis tahan tiga suspek rancang bom pesta arak

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan penangkapan tiga individu termasuk remaja 19 tahun di Kelantan Rabu lalu selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Fuzi dalam sidang medianya di Bukit Aman berkata tangkapan tersebut dibuat selepas mendapati remaja terbabit membuat alat letupan reka ganti (IED) dan mengujinya untuk digunakan ke atas sasaran mereka di pelbagai lokasi termasuk pesta arak.

“Polis telah menahan tiga warganegara Malaysia kerana dipercayai terlibat dalam rancangan.

“Antara tempat yang disasarkan adalah pesta arak dan beberapa pusat hiburan di sekitar Kuala Lumpur dan rumah ibadat bukan Islam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor,” kata Fuzi.

[Berita penuh menyusul]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password