Polis tahan dua lelaki baling bom petrol di surau

Polis hari ini menahan dua lelaki yang dipercayai mencampakkan satu bom petrol atau molotov cocktail ke dalam kawasan surau di Damansara Damai, Petaling Jaya.

Menurut portal Star Online, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan penangkapan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.

Dalam kejadian 6.15 pagi semalam, bom petrol itu ketika jemaah sedang menunaikan solat Subuh di surau berkenaan.

Laporan itu menyebut bahawa botol yang dipercayai mengandungi minyak tanah berkenaan, tidak meletup tetapi menyebabkan kebakaran kecil.

Kejadian tersebut disedari salah seorang jemaah surau yang baru selesai menunaikan solat Subuh apabila melihat kesan terbakar pada pintu masuk surau tersebut.



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password