Polis minta protes harga minyak di luar parlimen kemaskan khemah

Protes pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) yang membantah kenaikan harga minyak di luar Parlimen sepatutnya bermula pada jam 1 pagi ini tetapi para penunjuk perasaan diarahkan pihak polis untuk mengemas khemah mereka.

Empat buah khemah dipasang di kawasan berumput di persimpangan jalan menuju ke pintu pagar Parlimen.

Tetapi seorang pegawai polis dari ibu pejabat polis daerah Dang Wangi memberitahu para penunjuk perasaan yang terdiri daripada 20 orang wakil sayap Pemuda Pakatan Harapan dan NGO yang mereka hanya dibenarkan memasang khemah mereka di Padang Merbok.

“Kalau nak pasang khemah, buat kat Padang Merbok. Takut DBKL datang,” katanya.

Apabila ditanya adakah menjadi kesalahan memasang khemah itu, pegawai polis tersebut berkata khemah tidak boleh dipasang di kawasan awam.

“Malam ni kena simpan khemah. Ada minta kebenaran (balai) Dang Wangi?” Tanya pegawai polis itu ketika salah seorang penunjuk perasaan berkata mereka hanya memasang khemah itu untuk malam ini sahaja.

Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin berkata ketua polis Dang Wangi Shaharudin Abdullah telah diberitahu berkenaan program malam ini.

Bagaimanapun, pegawai polis tersebut berkata beliau tidak boleh memutuskan hal itu.

Sekitar jam 1.30 pagi tadi penunjuk perasaan telahpun mengemas khemah mereka sebagaimana yang diminta pegawai polis dan pihak DBKL yang turut berada di situ.

Semalam ketua polis Dang Wangi berkata akan memantau bantahan itu dan akan menghentikan protes tersebut jika mereka berarak.

Kira-kira 15 orang anggota polis bertugas berkawal di sepanjang jalan menghala ke Parlimen.

Protes membantah kenaikan harga minyak yang sebelum ini dijangkakan berakhir pada jam 6 petang hari Rabu ini.

[Baca berita asal]
 



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password