Polis larang keluarga paderi hilang jumpa media, kata isteri

Polis telah mengarahkan keluarga Paderi Raymond Koh yang hilang sejak Februari lalu agar tidak bercakap kepada media dan menghadiri acara nyalaan lilin, kata isterinya Susanna Liew dalam sidang pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.

Beliau berkata, polis memberitahunya tentang larangan itu dalam pertemuan dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat pada 6 Mac lalu, dan ditegaskan sekali lagi oleh ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam pertemuan pada 23 Mac.

Liew yang menjadi saksi kedua pendengaran berkata, Khalid memberitahu yang “ia menyukarkan keadaan…penculik mungkin menjadi senyap dan sukar untuk mencari mereka.”

Koh diculik di Petaling Jaya pada 13 Februari lalu.

Pendengaran awam ini untuk menentukan sama ada Koh dan tiga lagi individu yang menjadi mangsa “kehilangan secara paksa” seperti yang ditakrifkan Konvensyen Antarabangsa Bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED).

Ia merangkumi penangkapan, penahanan, penculikan atau sebarang bentuk kehilangan kebebasan disebabkan ejen negara atau oleh orang atau kumpulan yang bertindak dengan kebenaran, sokongan atau persetujuan negara.

Ia mula diterima dan digunapakai pada perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 2006. Malaysia tidak menjadi sebahagian dalam ICPPED.

[Berita lanjut menyusul]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password