Polis jejaki lelaki berpakaian ala pengebom bunuh diri

Pihak polis sedang menjejaki seorang lelaki yang berpakaian ala pengebom bunuh diri di sebuah majlis sambutan Halloween di sebuah kondominium di Damansara Perdana, pada 28 Oktober 2017 lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata perkara itu dimaklumkan oleh seorang penduduk di kondominium berkenaan yang melihat lelaki itu memakai pakaian sedemikian ketika menaiki lif.

Beliau berkata pakaian berkenaan amat sensitif pada pandangan umum kerana banyak kejadian dikaitkan dengan kumpulan militan IS baru-baru ini.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan mana-mana orang yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi balai polis Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya ketika dihubungi.

 

-Bernama



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password