Polis Dubai tutup kes kematian Sridevi

 

Akhirnya siasatan terhadap kematian bintang Bollywood pujaan ramai yang mati secara mengejut pada Sabtu lalu ditutup.

Walaupun muncul pelbagai teori di sebalik kematian Sridevi itu, polis Dubai membuat kesimpuan bahawa dia menemui ajal akibat lemas.

BBC melaporkan mayat Sridevi – atau nama sebenarnya Shree Amma Yanger Ayyapan – sudah diserahkan kepada warisnya hari ini.

Memetik sumber polis agensi berita itu melaporkan punca rasmi kematian Sridevi ialah “lemas akibat tidak sedarkan diri”.

Mayat pelakon berusia 54 tahun itu ditemui dalam tab mandi di bilik hotel yang disewanya di Dubai.

Sridevi bersama suami dan salah seorang anaknya berada di bandar raya berkenaan untuk menghadiri majlis perkahwinan pelakon Mohit Marwah.

Mohit adalah anak saudara Sridevi.

Spekulasi mengenai kematian isteri Boney Kapoor itu mula tercetus apabila wujud percanggahan mengenai punca dia terbunuh.

Pada awalnya isteri penerbit filem terkenal berkenaan dilaporkan terjatuh di bilik mandi, namun semalam bedah siasat menunjukkan pelakon terbabit lemas.

Sumber polis kemudian menjelaskan wujud unsur alkohol dalam darah Sridevi dan ia mungkin menyumbang kepada insiden dia pengsan sebelum lemas di dalam tab mandi.

Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password