Polis Buru Lelaki Tikam Isteri Guna Duri Landak

 

Seorang lelaki yang dipercayai menikam belakang badan isterinya dengan duri landak menjadi antara 27 individu yang dikehendaki polis di daerah Jelebu.

Menurut Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, suspek, Jemiun Antoni, 25, yang berasal dari Nabawan, Sabah, dikehendaki pihak polis bagi menyelesaikan kes bunuh yang berlaku pada Februari 2015.

“Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai menikam isteri berusia 22 tahun kerana tidak puas hati isterinya mahu merujuk masalah rumah tangga dihadapi mereka ke Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu.


“Perbuatan itu dilakukan dalam pergaduhan di Sungai Muntoh, Titi, Jelebu ketika mangsa dalam perjalanan ke pejabat agama berkenaan,” ujarnya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Jelasnya, polis kini giat mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Selain itu, menurut Kamarul Rizal, pihaknya cuba mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Suspek dikenali sebagai Syamsul Amin Razali, 34, beralamat terakhir di FELCRA Lakai, Simpang Durian dan Muhamad Hijrah Hussin, 22, yang beralamat di Kampung Bemban, Durian Tipus.

Tambah beliau, tiga suspek berkenaan antara yang paling dikehendaki pihaknya bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan.

Sumber- Harian Metro

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password