PM rasa bertuah ada sahabat setia bernama Zahid

BAJET 2018 | Selepas membawa pelbagai khabar gembira dan menyindir pembangkang Datuk Seri Najib Razak menamatkan ucapan belanjawannya dengan kata-kata pujian untuk timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kata perdana menteri semua kejayaan yang dicapai hasil kerjasama berpasukan.

“Bertuahlah saya kerana mempunyai bukan sekadar seorang timbalan perdana menteri, tapi lebih jauh daripada itu, seorang sahabat yang setia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Najib turut menghargai walak dan sokongan tidak berbelah bahagi diberikan oleh anggota jemaan menteri serta pemimpin parti komponen ketika beliau “menakhoda bahtera Malaysia”.

Najib kemudian dengan bersemangat berkias untuk mengajak penyokong kerajaan berjuang memenangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

“Bersumpah dan berjanjilah bahawa kalau pun terpenggal putus tangan dari badan, sekali pun lumpuh kaki tidak bermaya, amanah dan harapan rakyat yang kita genggam jangan sekali-kali terlepas dan tergadai kepada pihak lawan.

“Ayuhlah, kita wajib tetap menggigit amanah yang diberikan itu dengan taring-taring dan geraham-geraham masing-masing sampai ke titisan darah terakhir membawa BN menuju kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, insya-Allah,” katanya.

Selepas menamatkan ucapan itu dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertanya kepada dewan untuk mendapatkan sokongan.

Ahmad Zahid kemudian bangun dan berkata: “Tuan yang dipertua, saya meyokong dengan sepenuh-penuhnya.”



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password