‘PKR sedia beri kerusi kepada AMANAH, BERSATU’

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberikan kerusi yang ditandinginya sebelum ini kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kerusi yang akan terlibat.

Perbincangan mengenainya masih berjalan dan telah 80 peratus selesai, katanya kepada pemberita selepas kenduri rakyat bersempena Jelajah Keadilan Peduli Rakyat, di sini hari ini.

“Ketika PKR ditubuhkan pada 1999 PKR diberi kerusi yang dipertandingkan DAP dan PAS, jadi sudah tiba masanya kita bantu parti baru seperti PPBM dan Amanah,” kata Menteri Besar Selangor itu.

Bernama



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password