Pindaan wajibkan pendawaian kediaman diperiksa setiap 10 tahun

Suruhanjaya Tenaga kini dalam peringkat akhir untuk meminda Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 yang akan mewajibkan semua kediaman diperiksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun.

Dalam satu kenyataan semalam, suruhanjaya itu berkata perkara tersebut akan dibawa ke Parlimen untuk kelulusan bagi membolehkan peraturan itu berkuat kuasa mulai tahun hadapan.

“Cadangan pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Elektik 1994 pada masa ini adalah di peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Oleh itu, tarikh pindaan masih belum diputuskan,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Tenaga juga berkata sejak tahun 2002, sebanyak 914 kemalangan elektrik telah dilaporkan dan 15.5 peratus melibatkan premis kediaman.

Bagi tahun ini, 49 kes dilaporkan dengan separuh daripadanya melibatkan kemalangan jiwa.

– Bernama



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password