Pesawat Tergelincir Daripada Landasan, Hampir Menjunam di Laut Hitam

 

Sebuah jet yang membawa seramai 168 orang penumpang hampir menjunam ke laut selepas tergelincir daripada landasan berais ketika ingin mendarat di lapangan terbang turki.

Seluruh anak kapal Boeing 737-800 panik kerana pesawat betul-betul menggelongsor di pinggir Laut Hitam.

Mereka bernasib baik kerana tayar pesawat tersebut diselaputi lumut ais ketika meninggalkan Lapangan Terbang Trabzon, dimana ia menghalang pesawat terbabit daripada meluncur terus ke dalam laut.

Pegasus Airlines telah mengesahkan tiada sebarang kecederaan berlaku kepada kesemua anak kapal.  Menurut laporan, enjin kiri pesawat tersebut telah tercabut semasa kemalangan berlaku.

Rakaman dramatik menunjukkan terdapat asap keluar daripada kabin dan terdengar suara anak-anak kapal yang menangis ketakutan akibat daripada kemalangan terbabit.

Salah seorang penumpang, Fatma Gordu berkongsi detik cemas tersebut berkata, “kedudukan kami condong ke sisi, bahagian depan pesawat menurun sementara bahagian belakangnya terjongkit keatas, orang ramai menjerit-jerit ketakutan.”


Rentetan kemalangan terbabit, lapangan terbang itu telah ditutup sementara sebelum dibuka semula pada pagi Ahad lepas.

.

.

Sumber: Daily Mail

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password