Persembahan Syuk dan Uqasha Senrose menggunakan lawak isu semasa, Syuk ‘bahan’ Uqasha, Neelofa dan Sajat

Persembahan Syuk dan Uqasha Senrose menggunakan lawak isu semasa, Syuk 'bahan' Uqasha, Neelofa dan Sajat

 

Semalam telah berlangsungnya sebuah program realiti TV, Super Bintang Bersama Bintang  (SBBB) yang dibarisi pelawak-pelawak hebat antaranya Ajak, Achey, Issey, Mark Adam dan Syuk.

Persembahan mereka bersama selebriti jemputan mereka telah menghangatkan suasana di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam semalam dengan  persembahan yang telah menghiburkan penonton.

Persembahan daripada peserta Syuk dan bintang undangan, Uqasha Senrose telah mendapat perhatian netizen kerana Syuk telah mengenakan lawak jenaka yang  fresh dan terkini.

.

.

.

Dalam persembahannya itu, Syuk telah ‘mengenakan’ Uqasha dengan kata-kata sindiran mengenai pemakaian tudung yang penah mencentuskan kontraversi selebriti wanita itu satu ketika dahulu.

Bukan hanya nama Uqasha menjadi ‘sindiran’ dalam persembahan Syuk, pelawak yang berasal dari Pulau Pinang itu juga telah menggunakan lawak baharu dan isu-isu semasa seperti pelancaran tudung Neelofa di kelab malam dan isu jantina Nur Sajat.

Rata-rata netizen telah terhibur dengan persembahan spontan mereka.

.

.

Muka cantik, tapi ada halkum.

.

.

.

.

.

Malam kemuncak telah berlangsung semalam yang diadili oleh juri tetap, Saiful Apek dan juri jemputan, Fasha Sandha. Penghakiman mereka mewakili 70 peratus manakala selebihnya undian atas talian.

Mark Adam telah dinobatkan sebagai juara Super Bintang Bersama Bintang dan telah memberikan kejutan apabila beliau ingin berkongsi separuh kemenagannya dengan membahagikan RM60,000 daripada RM100,000 hadiah wang tunai yang dimenanginya  kepada empat finalis.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password