PERKASA SOKONG PPIM BANTERAS JUDI – UTUSAN MALAYSIA – 27/10/17

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menyatakan sokongan dan pendirian untuk terus bersama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam usaha membanteras aktiviti perjudian negara.

Ketua Penerangan Perkasa, Datuk Ruslan Kasim berkata, tidak ada mana-mana agama di dunia menghalakan aktiviti tidak bermoral itu sebaliknya ia merupakan ke­salahan yang besar.

 “Aktiviti perjudian yang beroperasi secara berlesen mengikut perundangan negara atau sebaliknya merupakan kesalahan dalam setiap ajaran agama, moral dan budaya.

“Perkasa dengan penuh takzim menyokong usaha yang dijalankan PPIM dan tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang cuba melin­dungi aktiviti perjudian sama ada penjawat awam, pemimpin kerajaan atau pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, mendedahkan menerima beberapa ugutan dan ancaman daripada sindiket perjudian selepas membuat pendedahan berkaitan aktiviti berkenaan yang didala­ngi sembilan ke­tua digelar dragon yang mengutip RM5 bilion sebulan.

Kata Roslan lagi, Perkasa turut mendesak pihak berkuasa menyia­sat perkara demikian sehingga ke akar umbi dakwaan dikemukakan aktivis PPIM mengenai kegiatan perjudian itu dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Sehubungan itu, Ruslan me­ngajak masyarakat bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mengembleng usaha dan tenaga bagi membanteras aktiviti yang tidak bermaruah berkenaan.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/perkasa-sokong-ppim-banteras-judi-1.543550

PERKASA SOKONG PPIM BANTERAS JUDI – UTUSAN MALAYSIA – 27/10/17 was last modified: October 27th, 2017 by Hafizi



Sumber : PPIM

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password