“Perghh dah macam drama Goblin, filem Twilight…” – Video pre-wedding Shila Amzah dipuji peminat

"Perghh dah macam drama Goblin, filem Twilight…" – Video pre-wedding Shila Amzah dipuji peminat

Sudah menjadi trend apabila gambar dan video ‘pre-wedding’ menjadi antara perkara penting sebelum menjalani kehidupan rumah tangga bersama pasangan pilihan hati.

Tidak terkecuali bagi penyanyi Shila Amzah yang baru sahaja menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihannya, Haris Idraki Elias pada minggu lalu.

Sebuah video ‘pre-wedding’ pasangan itu telah dibuat oleh produksi Mindquest Productions Sdn Bhd dimana konsep dan jalan cerita yang dihasilkan sangat mengagumkan!

Video berdurasi hampir lima minit itu mendapat pujian ramai netizen yang rata-rata mengatakan tidak ubah seperti filem Hollywood iaitu Twilight dan drama bersiri Korea Selatan, Goblin.

.

.

.

.

.

.

Dengan sekali lafaz, penyanyi yang fasih berbahasa mandarin itu telah sah bergelar isteri kepada suaminya pada 19 April lalu selepas mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu.

Sumber : Mindquest Productions Sdn Bhd

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password