”Perempuan Kalau Buat Kerja ‘Welding’ Lambat, Simpanlah Angan-Angan Tu,” Dari Herdikan, Wanita Ini Kini Punyai Kedai Kimpalan Sendiri

 

“Dulu orang herdik dengan kata-kata yang negatif, kata perempuan menyusahkan orang, buat kerja lambat, simpan jer lah angan-angan dan cita-cita (dalam bidang kimpalan),” itu antara pengalaman pahit yang dilalui oleh seorang wanita bernama Siti Sofiyah Binti Sabtu ketika mula menceburi bidang kimpalan ini.

Itu dahulu, kini beliau sudah boleh mampu tersenyum selepas usahanya selama ini menunjukkan hasil di mana kini Siti Sofiyah sudah berjaya memiliki sebuah syarikat kimpalannya sendiri sekaligus membukti perempuan mampu untuk berdiri sehebat lelaki walaupun dalam bidang yang agak mencabar dan comot bagi seorang perempuan.

Memikirkan kata-kata negatif yang diterima dulu, beliau mengakui ada juga kadang-kadang terasa ‘down’ untuk meneruskan hasratnya, tapi didorong dengan minat yang mendalam.

“Biarlah apa orang kata, aku tahu apa aku buat, aku tahu apa yang harus aku buat nanti, dan saya teruskan sampai ke tahap ini,” ceritanya.

Jom dengar kisah suka duka Sofiyah dalam video di bawah.

Beliau merupakan salah seorang daripada 12 orang usahawan berjaya yang berada dalam senarai akhir pemenang PROJEK INSPIRASIKU yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu sebuah agensi yang bertanggungjawab berada di belakang setiap perniagaan di Malaysia.

Pada tahun 2017, SSM memulakan #projekinspirasiku, pertandingan menulis esei mudah untuk usahawan untuk berkongsi cerita mereka, lebih 1000 penyertaan telah  diterima di mana menceritakan suka duka dan perjalan perniagaan mereka.

Ternyata kisah-kisah ini memberi inspirasi dan motivasi kepada usahawan-usahawan baru di luar sana selain memberi gambaran tentang apa yang mereka tempohi untuk berjaya.

Apa yang mendorong mereka? Wang, semangat atau ?

Layari facebook  SSM MyInspirasiku atau Instagram ssmmyinspirasiku untuk menonton video penuh tentang 12 finalist Projek Inspirasiku di mana mereka-mereka berkongsi cerita dan aspirasi mereka.

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password