Perbezaan lagu Ayam Mee, DSV dengan Abang Nak Tegur, Aliff Syukri

Perbezaan lagu Ayam Mee, DSV dengan Abang Nak Tegur, Aliff Syukri

Selepas keluar lagu Dato’ Seri Vida yang berjudul ‘I am Me’ oleh KRU music, release pula lagu Abang Nak Tegur dari Dato’ Aliff Syukri featuring Nur Sajat. Ia seolah-olah trend pula. Samada untuk promosi produk mereka atau hanya mahukan publisiti, wallahualam aku pun tak pasti.

Lagu I am Me dari DSV, 9.9 juta views, 77K likes dan 40K dislikes di KRU Music Youtube Channel. Manakala Dato’ Aliff feat. Nur Sajat dengan lagu Abang Nak Tegur, 2 juta views, 22K likes dan 174K dislikes setakat ini. Lagu I am Me lebih baik berbanding yang satu lagi dari segi itu. Boleh nak dikatakan Dato’ Aliff nak meniru DSV.

Aku faham dengan muzik ni sebab aku mampu bermain alat-alat muzik seperti keyboard, piano, gitar, drum dan sebagainya. Sungguh pun aku tak berbakat tapi kerana minat, aku mempelajarinya. Takde genre spesifik yang aku suka. Dari metal, hard rock, pop, hip hop, R&B, jazz, classical, folk, dan sebagainya pun aku dengar.

Disini Dr Zek pula nak tegur lagu Abang Nak Tegur. Dengan sejujurnya lagu ini menyakitkan telinga aku. Anak-anak buka kat Youtube aku akan suruh berhenti. Kenapa aku kata begitu, ini sebabnya:

1. Lagu ini tiada nilai moral dalam masyarakat kita. Lirik lagu cinta songsang dan over bagi aku. Malu kalau anak-anak kita dengar. Tak mengambarkan kehidupan dalam masyarakat kita khususnya kaum melayu Islam.

2. Flow of chords dah ok tapi melodi tak menarik. Key E minor (kalau tak silap), range entah laa. Lain benor kedengarannya. Kalau Dato’ Jamal nyanyi lagu ni pun takkan sedap.

3. Video klip tak menarik. Hanya gambar pegun Dato’ Aliff dan Sajat. Kalau tengok video pembikinan masa recording lagi laa. Aksi seksi dan gedik. Malu anak-anak tengok.

4. Kualiti nyanyian agak kelaut. Macamana dorang ejas dan edit-edit suara 2 orang penyanyi ni. Berapa level agaknya. Maaf aku katakan, bakat tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Aku ni bukan jenis tak ‘appreciate’ lagu yang aku dengar tapi this one memang tak boleh. Maaf sekali lagi, aku labelkan lagu ni sebagai lagu badut. Menyakitkan telinga betul. Merosakan industri.

Jangan marah ye Dato’. Dah betul tu netizen menilai dengan 174K dislikes.

Sumber : Dr. Ahmad Zakimi Abdullah 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password