Penyanyi Goyang Anti Narkoba didakwa ditangkap

 

Senarai artis Indonesia yang ditahan kerana mengambil dadah mungkin bertambah panjang hari ini.

Kali ini ia melibatkan seorang penyanyi yang popular kerana membawakan lagu Goyang Anti Narkoba, Cupi Cupita. Selain itu Cupi Cupita juga terkenal dengan lagu Goyang Basah.

Menurut Tempo penyanyi itu ditahan Badan Narkotik Nasional (BNN) yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pembanterasan penyalahgunaan dadah di Indonesia.

Namun kesahihan penahanan itu masih belum diperolehi.

Menurut Tempo pengurus Cupi Cupita, Ahmad Amsyar, akan pergi ke Ibu Pejabat BNN di Jakarta petang ini untuk mendapatkan pengesahan.

Sementara itu CNN Indonesia pula melaporkan berita penahanan Cupi Cupita itu sebagai khabar palsu.


Baca Nasib bintang porno muda papa selepas mati


Memetik kenyataan Ketua Perhubungan Awam BNN, Sulistiyandriatmoko, agensi berita itu menyatakan tiada penahanan membabitkan Cupi Cupita.

“Sejumlah laporan di media massa yang menyatakan penahanan Cupi adalah tidak benar,” katanya.

Dunia hiburan Indonesia dibayangi dengan penahanan sejumlah selebriti yang disyaki terbabit dalam aktiviti penagihan atau penyalahgunaan dadah.

Sejak dua bulan terakhir ini sekurang-kurangnya lima artis Indonesia ditahan atas kesalahan berkaitan dadah.

Mereka ialah Roro Fitria, Dhawiya Zaida, Fachri Albar, Rizal Djibran, dan Jennifer Dunn.

Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password