Penutup Longkang Hilang Dicuri, Warga Emas Nyaris Maut Terjatuh Dalam Longkang Sedalam 3 Meter

 

Mereka yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang termasuklah dengan mencuri. Setiap benda yang dirasakan berharga dan boleh dijadikan duit akan dicuri tanpa mengira keselamatan orang lain termasuklah sanggup mencuri penutup longkang.

Kes yang berlaku di Miri ini menyebabkan seorang warga emas nyaris menjadi korban. Lelaki yang berusia lingkungan 60-an ini terjerumus ke dalam longkang sedalam tiga meter. Dia yang tidak menyedari kehilangan besi penutup longkang itu, terjatuh ketika melalui laluan berkenaan yang menjadi rutih hariannya.

Diharap perkara sebegini tidak berulang lagi. Bukan sahaja perbuatan ini tidak bermoral malah boleh membahayakan nyawa orang lain terutamanya warga emas atau kanak-kanak.

 

 

 

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password