Pengganas masuk guna pas dan visa pelajar

Polis Diraja Malaysia mengesan wujud sindiket yang membawa masuk pengganas warga asing ke negara ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata ini dikesan berikutan penahanan 48 suspek berkaitan sebelum ini.

“Kita percaya mereka menggunakan pas pelajar, seperti kes yang kita tahan sebelum ini ke atas sembilan orang dari Abu Sayyaf Group (ASG) di Selatan Filipina.

“Ada juga yang guna dokumen palsu untuk masuk ke pintu negara. Mereka guna ruang untuk belajar di institusi agama dan mereka turut diberi visa pelajar,” katanya pada sidang media pada majlis sambutan Hari Sukan Negara di Parit, Perak hari ini.

Semalam Mohammad Fuzi berkata 45 pengganas FTF ditangkap hasil operasi mengesan dan menangkap mereka yang dijalankan sejak 6 Oktober 2017 lalu dan tiga orang lagi ditahan tiga hari lepas.
 

-Bernama



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password