Pengantin Perempuan Ini Kecewa Apabila Hari Bahagia Bertukar Derita, Terpaksa Tebal Muka Sebab Servis Katering

Pengantin Perempuan Ini Kecewa Apabila Hari Bahagia Bertukar Derita, Terpaksa Tebal Muka Sebab Servis Katering – MEDIA OHSEM

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan majlis perkahwinan berlangsung dengan sempurna apatah lagi diraikan bersama keluarga tersayang. Malangnya, hari bahagia pasangan raja sehari ini bertukar derita apabila mendakwa diperdaya pihak katering yang gagal menyediakan hidangan pengantin dan lauk-pauk para tetamu seperti dijanjikan.

Pengantin perempuan ini tidak menyangka servis yang diterimanya itu indah khabar dari rupa. Bermacam-macam alasan yang diberikan pihak katering dan pengantin perempuan ini terpaksa tebal muka berdepan keluarga mertua dan tetamu yang hadir.

Assalam… mohon semua tolong pakat-pakat share, forwardkan kes saya… saya rasa sangat teraniaya… hari bahagia bertukar derita.. pengantin sendiri menangis hari kenduri sebab tertipu dengan catering.. memang kenduri saya buat kecil-kecil tapi jangan la tipu saya. Saya bayar harga cash…bukan hutang…malu saya dengan tetamu yang datang… malu dengan rombongan pengantin lelaki yang datang jauh satu bas dari Terengganu tapi tak puas hati dengan servis catering kenduri saya. Indah khabar dari rupa.. memang terkilan sngat-sangat …semua komplen dekat saya… Pada 23 .3.2018 hari jumaat, saya dengan mak ayah pergi ke rumah owner catering di alamat kampung keladi, belakang sekolah rendah keladi..kami pergi nak food test makanan tu…owner cakap test sekali bayar deposit. Saya ambik 700 pek.. deposit Rm700 kena bayar . Then selebihnya kena bayar seminggu atau 2,3 hari sebelum kenduri… time rasa hari tu makanan punya la sedap.. kuah pekat.. ayam msak merah elok , gulai daging sedap… nasi hujan panas seroi elok..kami pun setuju la dan bayar deposit.. pastu 1.6.18 owner whatsapp saya cakap minggu depan dia nak datang ambik full duit tu..Rm4200 lg..kira total semua Rm4900..kira satu kepala Rm7.00..saya pun ok jela..tup-tup 3.6.18 dia Whatsapp lagi nak datang rumah ambik full balance tu…saya pun pelik..kenapa awal sngat nak balance duit tu..padahal janji hari tu seminggu atau 2,3 hari sebelum kenduri.. dia bagi alasan takut stok habis sebab raya..saya pun tak nak bagi lagi.. saya cakap saya bagi seminggu nak kenduri..hari isnin 11.6.18..dia pun cakap ok..last 10 .6.18 dia cakap otw nak mai rumah.. sebab alang-alang nak pergi rumah customer area sini juga.. saya pun ok jela..tapi dia cakap tak jadi pula.. 12.6.18 orang datang pasang khemah tapi meja beradat tak dak..last petang 12.6.18 tu juga dia datang ambik duit ..mak saya pun serah Rm4200..dia datang ambik duit ,bagi resit terus belah..saya pun tak ada kat rumah time tu..mak cuma bagi tau owner tu pesan jangan usik meja depa tu…

Saya Whatsapp tanya pasal meja beradat..dia cakap nanti depa pasang siap dekat rumah terus bawa datang hari kenduri..tiba hari kenduri saya ..isnin 18.6.18 pukul 10.33 am saya Whatsapp tanya kenpa catering tak sampai lagi.. padahal kami dah cakap awal-awal hari tu yang panggilan pukul 11..jadi depa kena mai hidang dalam pukul 10 la..boleh pula owner tu cakap depa memang pkul 10 paling awal bertolak ke lokasi…ya Allah…dulu cakap lain..sekarang cakap lain..dah la kulim ke labu besar…saya dah naik pening dah..orang dah mai nak makan..tapi meja kerusi tak susun apa lagi..depa pula tak sampai-sampai lagi..owner tu cakap apa-apa hal contact no dia bagi. Saya Whatsapp dia..dia suruh saya contact orang lain pula..apa kebenda owner ni..lepas tangan…hari kenduri dia dengan bini dia tak datang langsung ke rumah saya..dia boleh pula bagi anak-anak dia yang tak cukup umur ja yang handle kenduri ni..dengn tak dak pakaian seragam…pastu tukang cedok lauk cuma budak-budak sebaya darjah 5,6 gitu..sedih tengok rasa…tetamu komplen catering cedok letak lauk sikit…then saya kol no dia bagi tu..aku tanya dah bertolak belum..depa cakap dah nak sampai..masa tu dah pukul 11.26..lori depa baru sampai..orang dah tunggu nak makan..ada yang datang pastu balik ..tak makan..dah la depa datang lambat…duk bersembang-sembang lagi.. tak buka meja kerusi lagi…

Allah…tak tau la nak kata apa..last depa buat kerja slow-slow pasang meja,kerusi..pukul 12 lebih orang baru nak jumpa makan..rombongan pengantin sampai dah..depa pun sibuk la siapkn meja makanan beradat …tup-tup saya nak makan tengok lauk pengantin macam apa lagi..ikan siakap goreng kerat dua..ayam golek ,udang goreng kunyit + renga lalat..Allah…nak makan tengok renga setempek duk atas udang..renga dah warna kuning ..bukan putih…Diaorang bagi alasan renga masuk masa duk hidang tadi..padahal pengantin yang duk tunggu lauk tak hidang lagi…dah la pinggan pengantin plastik ja..pastu lauk untuk tetamu aku order ayam msak merah, gulai daging ,sambal belacan dengan ulam..boleh pula sambal belacan diorang tak sediakan..dengan alasan salah menu..dahla ayam masak merah pun tak serupa ayam masak merah…gulai daging ,daging relai..ubi kentang ja banyak..masa food test hari tu punya la sedap bukan main..pekat kuah apa semua..time kenduri jauh beza..pastu kek pengantin yang dapat cuma satu tingkat..padahal sebelum ni dia janji 2 tingkat..dah la rupa pun tak macam kek yang dia janji dlu…memang tertipu sangat-sangat..indah khabar dari rupa..

Masa sebelum dapat duit macam-macam janji manis.. bila dah habis bayar servis macam apa lagi. Keluarga kami tak puas hati..nak mintak ganti rugi..saya call dia tak angkat..saya whatsapp dia tak balas…hari selasa 19.6.18 kami pi rumah owner catering ni dekat belakang sekolah keladi tu..rumah kampung . owner tu bertekak jugak la dengan kami..bini dia boleh cakap tu bukan tanggungjawab diaorang..dia cakap kami mngada-adakan cerita ..dia tak kan bayar sesen pun malah dia cabar kami untuk saman diaorang..sombong sungguh ..mintak tolong la semua forwardkan…supaya hampa tak kena lagi dengan laki bini kaki penipu ni.

Sumber: Farah Airin

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password