Pemuda Umno Kedah mahu ajar Pulau Pinang cara atasi banjir

SETIAUSAHA Pemuda Umno Kedah, Syed Abdul Hafiz Syed Mustafa menasihatkan kerajaan Pulau Penang agar meminta tunjuk ajar daripada kerajaan Kedah, untuk mengatasi banjir secara berkesan.

“Sekiranya kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP serius mahu tangani masalah banjir, mereka boleh minta tunjuk ajar daripada Kedah,”

“Walaupun negeri ini mempunyai sumber pendapatan jauh lebih kecil, namun masalah banjir diatasi secara berkesan,” katanya seperti yang dipetik oleh sebuah halaman facebook pro Barisan Nasional.

Kita tak tahu sama ada Hafiz ni cakap sambil minum air ketum atau tengah hisap gam.

Cara dia kata nak ajar kerajaan Pulau Pinang atasi banjir, macam dia tak tahu bahawa beribu orang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Kedah baru-baru ini.

Ibarat kata orang, “Bagaikan ketam mahu mengajar anaknya cara berjalan dengan betul,” tempat sendiri pun banjir teruk tak pernah selesai, ada hati nak ajar orang cara atasi banjir dengan berkesan.

Seperti yang dijangka, kenyataannya itu mengundang kemarahan orang ramai, sekaligus menerima maki hamun netizen.



Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password