Peminat wanita cuba ganti Elfira Loy di hati Sufian Suhami, tetapi tersalah sebut nama bapanya

Peminat wanita cuba ganti Elfira Loy di hati Sufian Suhami, tetapi tersalah sebut nama bapanya

 

Baru-baru ini penyanyi Sufian Suhaimi telah memuat naik sebuah gambar terbarunya di Instagram. Sufian kini memilih untuk membela jambang sebagai imej terbarunya setelah beliau putus tunang dengan Elfira Loy baru-baru ini.

Netizen, terutamanya peminat wanita telah tertarik dengan penampilan terbaru Sufian itu, lebih-lebih lagi setelah penyanyi lagu Terasa Ada itu kini kembali solo.

Salah seorang peminat Sufian yang dikenali sebagai Fatin Aryfa telah meninggalkan komen pada gambar yang dimuatnaik oleh Sufian itu semalam yang kemudiannya telah menarik perhatian peminat yang lain setelah percubaannya untuk memperkenalkan kawannya sebagai pengganti tempat Elfira Loy telah gagal serta-merta.

Di dalam komen yang ditinggalkan oleh Fatin Aryfa itu, beliau tidak menyebut nama Sufian, sebaliknya menyebut nama Suhaimi yang merupakan bapa kepada penyanyi kacak itu.

Komen itu kemudiannya telah dibalas oleh Sufian sendiri dengan jawapan yang agak melucukan dengan cara yang santai apabila beliau mengatakan bahawa jika ingin memikat ‘Suhaimi’ harus minta izin daripada ibu Sufian dulu.

Menyedari kesilapannya itu, Fatin memberitahu bahawa perkara ini tidak disengajakan kerana terlalu excited dengan status Sufian yang kini telah bergelar solo.

.

Rata-rata netizen telah terhibur dengan komen yang agak melucukan itu.

.

.

.

.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password