Peminat-peminat Sport Car Wajib Tengok Ni. Inilah Dia 10 Sport Car Termahal Di Dunia

Peminat-peminat Sport Car Wajib Tengok Ni. Inilah Dia 10 Sport Car Termahal Di Dunia – MEDIA OHSEM

Kereta merupakan salah satu daripada lambang kekayaan dan kemewahan yang biasa dipaparkan oleh manusia. Ia merupakan satu keperluan bagi kebanyakan orang.

Harga kereta bergantung kepada spesifikasi dan jenamanya. Ada jenis yang mampu dimiliki dan ada pula yang hanya mampu dilihat. Kereta yang bernilai jutaan ringgit bukan hanya sekadar kenderaan bagi sesetengah orang, tetapi ia seperti sebuah trofi.

Terdapat beberapa kereta yang hanya dihasilkan beberapa unit sahaja di dunia. Malah ada yang dihasilkan satu unit sahaja, khas untuk individu tertentu. Bagi orang berkemampuan, harga kereta yang mahal tidak menjadi masalah kepada mereka. Ternyata, minat mengatasi segalanya.

Di bawah adalah senarai 10 buah kereta yang paling mahal di dunia dan hanya mampu dimiliki oleh sesetengah individu:

#1. Koenigsegg CCXR Trevita – $4.8 juta (RM18.8 juta)

koenigsegg.com

Konigsegg CCXR Trevita merupakan kereta paling mahal di dunia. Dengan melihat harganya sahaja pasti akan membuat anda ternganga.

Kereta ini disaluti oleh berlian, jadi tidak peliklah kenapa ia terlalu mahal berbanding dengan kereta-kereta lain. Koenigsegg mencipta kemasan luaran baru yang dinamakan Koenigsegg Proprietary Diamond Weave. Serat karbon bersalut resin debu berlian. Bayangkan betapa mahalnya cat kereta ini.

Kereta keluaran Sweden ini dilengkapi dengan enjin V8 dual-supercharged 4.8 liter, yang menghasilkan sejumlah 1,004 kuasa kuda dan 797 tork yang pastinya membuatkan kereta ini tak ada masalah untuk memotong kereta anda di jalan raya.

Kereta ini hanya ada 3 buah sahaja di atas muka bumi ini. Sangat eksklusif!

#2. Lamborghini Veneno – $4.5 juta (RM17.6 juta)

gta5-mods.com

Veneno bermaksud “racun” dalam bahasa Sepanyol, adalah roadster Aventador yang telah diubah suai. Dicipta untuk meraikan hari ulang tahun ke-50 syarikat itu, Veneno benar-benar cantik di setiap sudut dan kelihatan seperti kapal angkasa yang bersedia untuk berlepas.

Ia mempunyai enjin 6.5 liter V12 yang menghasilkan sehingga 8,400 rpm untuk menyampaikan 740 kuasa kuda dan 507 tork. Ia boleh melakukan 100 km/j dalam masa 2.9 saat sahaja.

Kereta ini hanya ada 5 buah sahaja di atas muka bumi ini. 2 daripadanya disimpan oleh pihak Lamborghini sendiri (1 digunakan untuk ujian dan 1 lagi untuk pameran). 3 buah lagi menjadi milik individu yang sanggup untuk membayar harga kereta yang membuat anda ternganga ini.

#3. W Motors Lykan Hypersport – $3.4 juta (RM13.3 juta)

autonews-mag.com

Kereta yang seksi ini telah menarik perhatian penonton filem Furious 7, di mana ia terhempas daripada bangunan pencakar langit di Dubai.

Sebelum ini ramai yang tidak mengenali Lykan Hypersport ini sehinggalah ia muncul dalam filem Furious 7. Lykan Hypersport merupakan kereta keluaran syarikat W Motors yang terletak di Dubai, namun syarikat tersebut berasal dari Beirut, Lubnan.

Kereta ini mempunyai lampu hadapan yang mempunyai lapisan berlian, pintu gunting dan ruangan dalam yang sangat eksklusif. Ia dilengkapi dengan enjin 3.7 liter twin-turbo “flat-six” yang menghasilkan 720 kuasa kuda dan 708 tork.

Lykan Hypersport ini mampu mencapai 100km/j dalam masa hanya 2.8 saat, dan kelajuan maksima mencecah 384 km/j.

#4. Bugatti Veyron oleh Mansory Vivere – $3.4 juta (RM13.3 juta)

mansory.com

Kenderaan edisi terhad ini adalah salah satu daripada kereta terpantas di dunia, dengan kelajuan maksimum 410 km/j dan mampu mencapai kelajuan 100 km/j dalam hanya 2.5 saat.

Kereta ini mempunyai enjin W16 8 liter yang menghasilkan 1200 kuasa kuda dan 1106 tork.  Bahagian luar badan kereta ini diperbuat daripada gentian karbon dan dan dilengkapi dengan lampu LED yang terbaru.

#5. Ferrari Pinifarina Sergio – $3 juta (RM11.8 juta)

Kereta ini merupakan antara kereta yang paling didambakan di dunia kerana hanya dihasilkan sebanyak 6 buah sahaja. Ferrari Sergio ini dihasilkan oleh syarikat pereka kereta terkemuka Itali, Pininfarina, ia adalah Ferrari model 458 Spider yang diubah suai dengan wajah yang baru.

Dengan enjin yang sama iaitu V8 4.5 liter yang menghasilkan 562 kuasa kuda dan lebih pantas serta mudah untuk dikendalikan berbanding 458 Spider kerana ia lebih ringan. Hanya mereka yang terpilih oleh Ferrari sahaja boleh memilikinya.

#6. Bugatti Chiron – $2.9 juta (RM11.4 juta)

bugatti.com

Spesifikasi kereta ini adalah sangat hebat sekali – dilengkapi dengan enjin W16 8.0 liter bervariasi quad-turbocharged yang menghasilkan 1,500 kuasa kuda dan 1,180 tork. Ia boleh mencapai 100 km/j dalam masa hanya 2.5 saat, dengan kelajuan maksimum 420 km/j.

#7. Pagani Huayra BC – $2.6 juta (RM10.2 juta)

jalopnik.com

Dilengkapi dengan enjin V12 dari AMG, Pagani menjadikannya lebih baik daripada model Huayra sebelum ini. Huayra BC lebih ringan dengan spoiler belakang yang besar menghasilkan 1,102 paun downforce pada kelajuan 250 km/j. Ia juga mempunyai skirt tepi yang baru dan trek belakang yang lebih luas yang menjadikannya lebih aerodinamik.

#8. Mercedes-AMG Project One – $2.5 juta (RM9.8 juta)

autoevolution.com

Ia adalah hadiah daripada para jurutera sempena ulang tahun ke 50 divisyen AMG Mercedes-Benz. Supercar ini adalah kenderaan yang diilhamkan oleh Formula Satu yang diperbuat daripada komponen kereta pemenang kejohanan Mercedes. Di bawah hud ialah enjin V6 turbocharged 1.6 liter,  membolehkan kereta ini mencapai sehingga 11,000 rpm.

Terdapat empat motor elektrik, dua untuk roda depan; satu untuk belakang, dan satu untuk pengecas turbo. Semua ini menghasilkan lebih daripada 1000 kuasa kuda.

#9. Ferrari F60 America – $2.5 juta (RM9.8 juta)

auto.ferrari.com

F60 dihasilkan berdasarkan F12 Berlinetta,sisipan tempat duduk bendera Amerika, dan skema warna bintang dan jalur. Ia dilengkapi dengan enjin 6.2 liter V12 yang menghasilkan 740 kuda,  mampu mencapai 100 km/j dalam masa hanya 3.1 saat.

Ferrari hanya menghasilkan 10 unit F60 untuk meraikan ulang tahun ke 60  pembuat kereta di Amerika Utara.

#10. Koenigsegg One:1 – $2 juta (RM7.9 juta)

koenigsegg.com

Berdasarkan Agera R, supercar Sweden ini memuat nisbah 1 : 1 (kilogram : kuasa kuda); ia mempunyai 1,340 kuasa kuda dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai adalah 440 km/j yang mengagumkan. Ini menjadikan One: 1 salah satu daripada kereta terpantas yang pernah dibuat. Hanya enam unit yang dihasilkan, masing-masing dibeli dengan cepat oleh pemilik yang bertuah.

Era Baru

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password