“Pelbagai Spekulasi Sehingga Ada Yang Menyangka Aiman Anak Luar Nikah Saya”- Respon Herman Tino Tentang Teka-Teki Hubungannya Dengan Aiman Tino.

"Pelbagai Spekulasi Sehingga Ada Yang Menyangka Aiman Anak Luar Nikah Saya"- Respon Herman Tino Tentang Teka-Teki Hubungannya Dengan Aiman Tino.

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi era 80-an Herman Tino, yang sememangnya popular dikalangan peminat seni tanah air. Namanya yang unik itu juga membuatkan ianya lebih mudah untuk diingati. 

Mungkin kerana popularitinya itu, membuatkan pendatang baru dalam industri hiburan tanah air, Aiman Tino turut berminat untuk menggunakan nama pentas yang seakan sama dengan nama Pak Herman Tino.

Kehadiran penyanyi baru yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci itu turut menimbulkan tanda tanya ramai sekiranya dia berkait rapat dengan penyanyi era 80-an itu.

Malah ada yang menuduh Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohd Aiman Yusri sebagai anak luar nikah kepada Herman Tino sehinggakan isteri kepada Pak Herman turut tertanya-tanya jika Aiman itu merupakan anak suaminya.

“Disebabkan dia sangat popular dan menggunakan nama Tino, ramai berteka-teki dan cuba mengaitkan kami. Daripada situ tercetus pelbagai spekulasi sehingga ada yang menyangka Aiman anak luar nikah saya,”€ kata Herman memetik laporan Harian Metro

Bagaimanapun, menurut Pak Herman atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, segala persoalan sudah pun terjawab selepas mereka mengadakan pertemuan dengan Aiman dan kedua ibu bapanya pada awal Januari lalu.

Dalam pada itu, Pak Herman turut mengakui terdapat beberapa pihak yang menyarankannya untuk meminta royalti daripada Aiman kerana dikatakan menumpang populariti Pak Herman.

Pak Herman bagaimanapun tidak bersetuju dan baginya Aiman dikenali ramai atas usahanya sendiri dan faktor lagu yang kena dengan selera peminat.

“Saya merasa tidak perlu untuk berbuat demikian,” ujar Herman Tino.

.

.

.

.

.

Sumber: Harian Metro.

Sumber :KakiShareTV

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password