Pelanggan jumpa tahi ayam dalam hidangan mee di Tesco Lukut

 

MUNGKIN peniaga berkenaan terlepas pandang ataupun memang tidak prihatin dengan kebersihan, salah seorang pelanggan yang makan di Medan Selera, Tesco Lukut Negeri Sembilan mengadu jumpa tahi ayam dalam hidangan mee yang dibeli untuk anaknya.

tahi ayam

Wanita tersebut turut merakam dan menyebarkan kejadian menjijikkan itu menerusi laman sosial facebook miliknya serta meminta orang ramai supaya berhati-hati jika makan di lokasi berkenaan

Ketika wanita itu memicit ketulan daging yang dipercayai adalah bahagian tembolok ayam diambil dari hidangan Sizzling Mee anaknya, keluar lelehan yang didakwa adalah tahi ayam.

Di bawah ini video yang dimaksudkan.

Jika dilihat dengan teliti, lelehan itu kelihatan seperti makanan yang tidak diproses dalam tembolok ayam tersebut. Dalam erti kata lain belum sepenuhnya menjadi tahi, baru separa tahi.

Tapi kalau tak dibersihkan memang terbantutlah nafsu makan.

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password