Peladang puji Najib, ikrarnya sokongan

Penubuhan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) hari ini mendendangkan pujian demi pujian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menyatakan bahawa mereka tidak akan melupakan pelbagai jasanya kepada petani dan nelayan.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Seri Saipol Bahari Suib, dalam ucapannya sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Serdang hari ini, menghuraikan jasa-jasa itu.

“Setiap satu hektar tanah tanaman padi kami dapat subsidi RM2,600, kami dapat subsidi diesel dan petrol.

“Kami tak lupa dengan bantuan bencana alam dan kebajikan. Kami tak lupa, kami dapat elaun sara hidup RM300 sebulan. Kami tak lupa dengan pinjaman dana nelayan. Kami juga tak lupa kami dapat subsidi pembelian dan benih padi.

“Kami tak lupa dapat subsidi racun, kami dapat itu, ini. Semuanya ini daripada kerajaan, kerajaan pimpinan Najib. Semua ni takkan kami lupa, Datuk Seri (Najib),” katanya sambil disambut tepukan gemuruh.

Oleh itu, Saipol berkata peladang, penternak dan nelayan bersedia untuk “dikerahkan” oleh Najib.

“Kerahlah kami, kami siap, untuk beri yang terbaik kepada kepimpinan Najib.

“Kalau ada jarum yang patah jangan dipatah-patahkan. Memang terlalu banyak kami dapat, jasamu Najib tetap kami kenang,” kata Saipol.

Najib, dalam ucapannya kemudian, mengambil maklum sokongan itu dan berkata bahawa beliau akan “memberi isyarat” apabila tiba masanya.

“Semuanya ini telahpun diperjelaskan dgn semangat yang berkobar-kobar oleh Pengerusi NAFAS, Saipol Bahri, sehingga dia kata kami takkan lupa, kami terima ini, dan kami terima itu, arahkan sahaja kami, kerahkan sahaja kami, kami akan melakukan apa sahaja.

“Ini merupakan satu kenyataan yang mungkin saya akan memberi isyarat bila sampai pada masanya nanti,” katanya.

Najib juga berkata beliau tidak pernah lupa menarik pelaburan semasa lawatan rasminya di luar negara.

“(Tapi) pembangkang menuduh, membuat fitnah, kononnya bila saya melawat China baru-baru ini, saya telah menjual kedaulatan negara.

“Sebenarnya bila kita menarik pelaburan sebanyak RM144bilion untuk negara, siapa sebenarnya yang untung?” soalnya.

Najib turut menjelaskan bagaimana projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan memberi manfaat kepada peladang, penternak dan nelayan sama seperti sistem kereta api yang bakal memudahkan mereka mengeksport barangan.

“Kalau kita membangunkan sistem rel (keretapi) yang pantas, yang akan merentasi Kelantan, Terengganu dan Pahang, tentu sekali para nelayan, penternak dan petani boleh menggunakan sistem yang baru dan efisyen ini utk mengeksport pengeluaran mereka ke luar negara.

“Kalaulah sistem logistik kita bertambah lebih efisyen, kita boleh memastikan pendapatan petani, nelayan dan penternak akan bertambah.

“Bukan golongan orang tengah ataupun middlemen tapi mereka yang menjadi prodcuers mesti mendapat pendapat yang lebih tinggi lagi.

“(Tetapi) mereka (pembangkang) tak cerita kebaikan-kebaikan seperti ini,” katanya.

[Baca berita penuh]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password