Pegang anjing sambil menyanyi, setelah lama menyepi King Coco buat hal lagi

Pegang anjing sambil menyanyi, setelah lama menyepi King Coco buat hal lagi
Pernah menjadi tular kerana slang percakapannya serta sering mencetuskan beberapa isu panas, kini King Coco kembali dengan kontroversi terbaru apabila memuat naik sekeping gambar di Instagram miliknya..

Menerusi gambar tersebut, kelihatan King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail berkongsi gambar dirinya sedang mengusap seekor anjing bernama Jojo beserta kapsyen yang dipetik daripada lagu Sampai Jadi nyanyian artis rapper terkenal, Joe Flizzow.

“Sampai jadi, hari hari bikin cam pertama kali. Coco buat lagi, selagi tak sah, sampai jadi” #jingjinganjing #merahbuatabammarah #meetmattsnewpet #straydogs #ilovedogs”

Bukan itu sahaja, ‘hashtag’ di gambar itu juga menunjukkan instafamous itu seorang yang menyayangi anjing walaupun sedar perkara tersebut melibatkan sensitiviti umat Islam.

Walau bagaimanapun, seperti mengetahui dirinya bakal mendapat kritikan dan kecaman, ruangan komen gambar berkenaan telah ditutup daripada menerima komen-komen netizen.

Sumber : King Coco

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password