“Papa peduli apa, awak selamanya my baby girl…” – Pakaikan kasut, anak Norman Hakim malu

"Papa peduli apa, awak selamanya my baby girl…" – Pakaikan kasut, anak Norman Hakim malu

Pelakon Norman Hakim memang terkenal dengan sifat penyayang dengan penuh kasih yang diberikan terhadap keluarga terutama buat anak-anaknya yang semakin meningkat dewasa.

Walaupun ramai remaja lelaki yang ingin ‘melamar’ anak perempuannya, Marissa Dania namun dia tidak cepat melatah dan menganggap itu sebagai perkara yang lucu kerana anaknya baru sahaja berusia 13 tahun.

Terbaru, pelakon drama Dia Bidadariku tersebut telah memuat naik sekeping gambar bersama Marissa berkongsi detik istimewa dimana dia sedang memakaikan kasut kepada anak gadisnya yang comel itu.

“..and she’s coming home too! Dia malu papa nak pakaikan dia kasut sebab orang tengok. Papa peduli apa. You’ll forever & ever be my baby girl @marissadania_” katanya menerusi kapsyen.

Menurut kapsyen, Norman memakaikan kasut untuk Marissa namun anaknya itu tertunduk malu sambil menutup mulutnya kerana berasa segan dipandang oleh orang lain.

Perkara itu menarik perhatian netizen untuk memberikan komen yang rata-rata berasa kagum dan tersentuh hati melihat kasih sayang antara mereka yang sungguh indah itu.

.

.

.

Sumber : Norman Hakim

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password