Panik Bayi Meninggal Dunia Selepas Dilahirkan, Wanita Simpan Mayat Bayi Dalam Beg Selama 5 Bulan Hingga Reput..

Panik Bayi Meninggal Dunia Selepas Dilahirkan, Wanita Simpan Mayat Bayi Dalam Beg Selama 5 Bulan Hingga Reput..

 

 

YOKOHAMA: Akibat pengsan selepas melahirkan bayinya, wanita yang terjaga selepas beberapa minit tiba-tiba ketakutan selepas mendapati anaknya telah meninggal dunia.

Wanita berusia 36 tahun itu telah melahirkan bayi perempuannya di pangsapurinya Oktober tahun lalu.

Dalam kejadian itu, wanita berkenaan telah membalut mayat bayinya dengan tuala sebelum meletaknya dalam sebuah beg pakaian.

Sabtu lalu, seorang tukang paip yang sedang menjalankan tugasnya menemui mayat bayi berkenaan yang telah reput dalam sebuah bagasi dengan tali pusat masih melekat pada tubuhnya.

Susulan itu,kata polis, Aya Tanaka yang juga ibu kepada bayi malang itu telah ditahan di pangsapuri di bandar Kawasaki.

“Wanita berkenaan membuat pengakuan telah meletakkan bayinya yang baru lahir itu ke dalam bagasi dan meninggalkannya di kawasan berhampiran pangsapuri yang didiaminya,” katanya.

Kata polis lagi, pihaknya akan menjalankan bedah siasat ke atas mayat yang ditemui bagi mengenal pasti punca kematiannya.-JapanToday

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password