Pangkor ‘bebas cukai’ tidak bermakna, kata MP

Tidak ada gunanya mengisytiharkan Pulau Pangkor sebagai zon bebas cukai jika pengecualian cukai tidak diberikan terhadap kenderaan, alkohol dan rokok, kata Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Khoo Ham.

Ngeh dalam kenyataannya hari ini berkata tiga barangan tersebut seringkali diharapkan pengunjung dapat dibeli menggunakan manfaat bebas cukai.

Sementara itu, jangka Ngeh pengunjung dan penduduk ke pulau itu tidak akan menghargai gangguan tambahan apabila diperiksa jabatan kastam.

Beliau berkata pihak berkuasa juga terpaksa menambah perbelanjaan bagi mengawal kegiatan penyeludupan.

Melihat hal ini, kata Ngeh adalah lebih berguna jika Pulau Pangkor dibuat sebagai zon kawasan ‘bebas GST’.

“Saya mahu cadangkan bahawa kesemua barangan yang dijual di Pangkor dikenakan cukai yang biasa kecuali GST.

“Ia akan membantu merangsangkan ekonomi Pangkor tanpa beban penguatkuasaan bagi mengawal penyeludupan kerana tiada (barang) yang akan diseludup,” katanya.

Beliau berkata tanpa GST, penduduk Pulau Pangkor pasti akan mendapat rangsangan kerana pengunjung lebih suka membeli barangan keluaran tempatan.



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password