Pandu Laju Dan Tak Sempat Brek, Pemandu Nissan GTR35 Nyaris Maut Rempuh 4 Buah Kereta

 

Seorang pelancong asing warga Singapura terselamat daripada maut dalam kejadian kemalangan sebuah kereta Nissan GTR35 yang dipandunya terbabas dan merempuh empat kereta lain di Jalan Jaya Putra 1 di Setia Indah, Johor Bahru.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3.15 pagi Selasa lalu, mangsa seorang lelaki yang berusia 44 tahun hanya mengalami luka ringan pada bahagian tangan.

Menurut kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kemalangan tersebut berlaku dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu Nissan GTR35 itu yang memandu laju ketika melalui jalan raya tersebut.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya dan tidak sempat membrek lalu terbabas merempuh empat lagi kereta yang diletakkan di kawasan parkir laluan terbabit.


“Empat kenderaan yang lain ialah dua Perodua Viva, dan masing-masing sebuah Ford Mondoe serta Proton Waja,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, kejadian tersebut disiasat dibawah Syeksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sumber : Kosmo Online

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password