“Pakai tudung tapi nampak rambut & dada…” – Diana Danialle dikritik netizen

"Pakai tudung tapi nampak rambut & dada…" – Diana Danialle dikritik netizen

Bersempena dengan pelancaran koleksi tudung terbaru Hanis Zalikha iaitu Cakenis, pelakon dan model jelita, Datin Diana Danielle telah hadir bersama sebagai tanda sokongan kepada sahabat karibnya itu. Turut kelihatan bersama anak Diana, Nur Aurora yang sangat comel.

Majlis pelancaran tudung terbaru jenama Cakenis telah diadakan di pusat beli belah IOI Putrajaya petang tadi. Tidak ketinggalan, Diana telah memuat naik gambar-gambar tersebut di akaun Instagramnya. Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah apabila Diana telah menggayakan scarfnya  itu.

.

.

Menerusi gambar tersebut, netizen telah memberi respond dengan cara mengkritik gaya tudung yang dipakai Diana sehingga menampakkan bahagian dadanya. Menurut mereka, seeloknya Diana memakai ‘tudung’ dengan cara yang betul iaitu menutup rambut dan bahagian-bahagian lain.

Imej tersebut tidak kena dan tidak bersesuaian dengan Diana apatah lagi di bulan Ramadhan ini.

“Nak pakai tudung ke tak…?”

Namun, ada juga yang mempertahankan Diana apabila imej beliau itu bukanlah tudung, sebaliknya sejenis scarf mengikut gaya orang dulu-dulu yang sememangnya digayakan begitu.

Itu sejenis skarf.

.

.

Sumber : Diana Danialle

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password