P Pinang putuskan moratorium pembangunan lereng bukit esok

Kerajaan Pulau Pinang esok akan memutuskan sama ada akan mengenakan moratorium terhadap pembangunan lereng bukit, kata exconya Chow Kon Yeow.

Ketua Menteri Lim Guan Eng akan membawa isu itu dalam mesyuarat exco esok, katanya lagi pada sidang media di Komtar hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita sama ada kerajaan negeri akan mengambil tindakan itu, susulan insiden tanah runtuh di Tanjung Bungah yang meragut 11 nyawa, Sabtu lalu.

Beliau juga mengulas kritikan yang pihak berkuasa tempatan tidak seharusnya meluluskan projek pembinaan bangunan 50 tingkat itu selepas Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak memberikan kelulusannya.

Chow menjelaskan yang Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memiliki kuasa penuh untuk mengawal dan meluluskan sebarang projek pembangunan di bawah pentadbirannya.

Beliau menjelaskan MBPP membuat keputusan itu selepas berbincang dengan semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang berkaitan dengan pembangunan.

“Hanya JAS yang tidak menyokongnya kerana (projek) tidak mematuhi zon penampan yang digariskan Garis Panduan Tapak dan Zon Kawasan Kediaman dan Industri.

“Namun JAS tiada kuasa untuk membuat keputusan terhadap permohonan kebenaran merancang yang dihantar oleh pemaju. Kuasa itu pada MBPP,” katanya lagi.

Semalam, Datuk Bandar MBPP Datuk Maimunah Sharid berkata, projek pembinaan 980 rumah mampu milik itu diluluskan ‘one-stop center’ MBPJ kerana ia mematuhi Garis Panduan Keselamatan Pembangunan Lereng Bukit 2012.

Chow juga menegaskan Jabatan Mineral dan Geosains Kedah, Perlis dan Pulau Pinang pada 30 Disember 2014 menyatakan mereka tiada masalah dengan projek itu kerana ia mematuhi keadaan teknikal yang sepatutnya.

[Baca berita penuh]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password