‘Order Handphone, Dapat 2 Bungkus Tisu Basah Bayi.’ Lelaki Bengang Ditipu Di Lazada, Kerugian RM3,219..

'Order Handphone, Dapat 2 Bungkus Tisu Basah Bayi.' Lelaki Bengang Ditipu Di Lazada, Kerugian RM3,219..

 

 

Membeli belah dalam talian kini semakin mendapat tempat di hati pengguna di dunia, termasuklah di Malaysia.

Tidak kira peringkat umur, pasti medium ini dipilih kerana agak mudah dan pengguna tidak perlu ke mana-mana. Hanya perlu klik pada tetikus di komputer sahaja. Semua pesanan anda akan sampai di hadapan pintu rumah.

Sungguhpun begitu, di sebalik kesenangan yang dirasai pengguna, ada juga yang menjadi mangsa kerana menerima barang yang salah. Pasti kita berasa sangat kecewa, lebih-lebih lagi jika kita membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk membelinya.

Oleh yang demikian, anda dinasihati supaya sentiasa berhati-hati sebelum membeli barangan dan pastikan anda telah membaca terlebih dahulu ulasan orang yang pernah membeli barangan tersebut.

Kalau tidak, jadilah seperti kes lelaki ini, di mana beliau telah membeli sebuah telefon pintar menerusi pembelian atas talian. Sewaktu membuka bungkusan kotak telefon pintarnya, beliau terkejut kerana yang ada di dalamnya hanyalah dua paket tisu basah dan bukanlah telefon pintarnya!

Lelaki berusia 32 tahun ini telah membeli sebuah telefon pintar berharga RM3,219 daripada Lazada pada 12 Disember tahun lalu. Ia merupakan salah satu produk Lazada dan ia dihanter menggunakan Lazada ekspres.

.

Menurut laporan polis yang telah dibuat, Lazada telah memaklumkan kepada mangsa bahawa barangnya telah tiba antara 16-20 Disember tahun lalu.

Pada 15 Disember, jam 1 petang, mangsa telah memeriksa nombor penghantaran barangannya dan ia sedang dalam perjalanannya. Namun, pada jam 9 malam, dimaklumkan bahawa barangannya itu tidak berjaya dihantar.

Keesokan harinya, bapa mangsa memberitahu bahawa barang itu telah sampai pada jam 1 petang. Abang mangsa bergegas menerima bungkusan daripada seorang lelaki yang memandu kereta putih peribadi tanpa ada logo syarikat.

Mangsa kemudian menghubungi khidmat pelanggan Lazada setelah membuka bungkusan itu dan menghantar kembali bungkusan itu ke Lazada menerusi Pos Laju.

Barangan tersebut telah selamat tiba ke pihak Lazada namun statusnya masih lagi tergantung kerana Lazada tidak meletakkan kod pengembalian pada barangan berkenaan.

Ia hanya diambil tindakan setelah mangsa menghubungi khidmat pelanggan Lazada pada 26 Januari. Setelah dua bulan menunggu, mangsa masih tidak menerima apa-apa ganti rugi dan maklum balas daripada syarikat berkenaan. Hal itu membuatkan mangsa membawa kes itu ke media sosial, Facebook.

Kenyataannya telah menarik perhatian ramai pengguna Facebook dan telah dikongsi sebanyak 3,000 kali dan menerima 2,000 komen kurang daripada 24 jam!

Sesudah itu, barulah pihak Lazada menyedari seriusnya isu berkenaan dan memutuskan untuk menghubungi mangsa pada 25 Februari dan memberikan wang ganti rugi.

Ketua Pegawai Komersial Lazada, Christophe Lejeune dan krewnya telah bertemu dengan mangsa bagi memohon maaf dan menjelaskan isu berkenaan dengan lebih lanjut. Satu siasatan juga akan dibuat bagi menghindari kejadian yang sama daripada berulang pada masa akan datang.

Lejeune juga berkata pengguna dialu-alukan untuk bertanya tentang apa sahaja masalah yang tidak diselesaikan pada laman Facebook rasmi Lazada. Syukurlah kes berkenaan telah selesai dan kita berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab akan segera ditangkap.Kredit: FB Ivan Liew

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password