”Nyawa Lebih Penting, Saya Tidak Kisah Dikecam,” Bilal Jemput Mangsa Banjir Bukan Islam Berteduh Di Surau



“Saya tak kisah apa orang kata, yang penting nyawa mereka dapat diselamatkan,”.

Itulah ucapan oleh Sapno Tukijo, 50, seorang bilal surau Taman Free School, Georgetown ketika memberi komen mengenai foto sekumpulan lelaki dan wanita berbangsa Cina yang menumpang di surau terbabit menjadi tular di media sosial.

Ujarnya, jumlah sebenar mangsa yang terjejas akibat banjir awal pagi semalam yang terdiri daripada kaum Cina dan India adalah seramai 70 orang yang merupakan penduduk di kampung sekitar Lengkuk P Ramlee.

Katanya lagi, dia sendiri turut cuba menyelamatkan mangsa banjir yang ketika itu mahu menumpang teduh di tokong berdekatan dengan kampung mereka.

“Tokong terbabit terletak hanya beberapa meter di seberang jalan dan saya cuba membawa mereka dengan mengikat tali di kedua-dua tiang elektrik.


“Bagaimanapun usaha itu gagal kerana air deras dan naik mendadak hingga paras dada dan saya sendiri mempelawa mereka menumpang di surau,” katanya.

Sapno Tukijo turut memberitahu pada awalnya pelawaan dia ditolak oleh mangsa-mangsa tersebut kerana mereka segan dan menghormati surau tempat ibadah umat Islam tersebut, namun memahami apabila dia memberi penjelasan berhubung situasi yang dialami mereka ketika itu.

“Mereka akhirnya akur dan menumpang di surau ini malah ada yang tidak berbaju kerana keluar sehelai sepinggang ketika itu.


“Saya tahu ada yang akan mengecam tindakan itu namun saya rasa lebih bersalah sekiranya melihat mereka yang tidak tahu ke mana arah hendak dituju,” katanya lagi.

Sumber : myMetro



Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password