Nurul Izzah Simpati Dengan Nasib yang Menimpa Najib

Nurul Izzah Simpati Dengan Nasib yang Menimpa Najib

‘Saya tidak setuju geledah rumah mangsa pada awal subuh.’

Polis membawa keluar tiga kotak berisi barangan peribadi dari kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, selepas lapan jam berada di kediaman mantan Perdana Menteri itu, lapor Astro Awani. Kotak tersebut mengandungi beg tangan, pakaian serta hadiah milik bekas perdana menteri itu.

Namun, ada yang merasakan serbuan yang diadakan pada malam semalam itu tidak sewajarnya dilakukan.

Geledah malam dan awal pagi kurang sesuai

Nurul Izzah Simpati Dengan Nasib yang Menimpa Najib

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak bersetuju dengan tindakan pihak polis menyerbu rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada waktu yang kurang sesuai.

Lebih 15 kenderaan dan sebuah trak polis masuk ke perkarangan rumah bekas Perdana Menteri di Taman Duta di Kuala Lumpur itu, 10.15 malam semalam.

Sebagai bekas mangsa geledah polis pada awal subuh, saya mesti menyatakan rasa tidak bersetuju ini terhadap tindakan menggeledah mana-mana kediaman pada waktu awal pagi dan tidak bersesuaian.

Mohon polis berhemah dan terap prinsip keadilan

Nurul Izzah Simpati Dengan Nasib yang Menimpa Najib

Ini kerana katanya, sebarang tuduhan, siasatan perlu dilakukan dengan bijak. Malah, beliau memohon polis sentiasa menerapkan prinsip keadilan dan berhemah dalam melakukan siasatan.

Bagaimanapun, tiada dokumen dirampas, sebaliknya hanya barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah diambil polis sebagai bukti dari kediaman Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Harpal Singh Grewal, mengesahkan perkara itu kepada pemberita sebaik keluar dari kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, 4.25 semalam.

Sumber: ohbulan

Sumber :BlogMazeer

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password