NIAT MAHU VIDEO LUCAH DISEKAT – Fathia Latiff

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: NIAT MAHU VIDEO LUCAH DISEKAT

Menerusi kenyataan di akaun Twitternya baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff meminta agar tindakan segera diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan video lucah di media sosial.

Kenyataan Fathia itu adalah selepas video lucah pelakon drama ‘Nur’, Syafiq Kyle tular dan dijual dengan harga murah serendah RM20.

Dalam kenyataan itu, Fathia juga meluahkan rasa bimbang penyebaran video lucah yang boleh merosakkan akhlak remaja memandangkan ramai remaja di bawah umur yang menggunakan sosial media tanpa pengawasan ibu bapa.

Fathia turut menyeru nama Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar turut serta untuk campur tangan dan menangani isu tersebut.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Fathia. Namun, tidak kurang juga ada yang menyindir Fathia dengan menyebut kembali kisah lamanya yang pernah beraksi seksi di aplikasi Bigo Live.

Selepas Tweetnya diperli teruk oleh netizen, Fathia memuatnaik satu lagi status bahawa dia menerima apa saja kecaman.

Tambahnya lagi, dia mahu menjadi manusia yang lebih baik bukan saja di disisi Tuhan, tapi dimata masyarakat juga.

Apa-apa pun, kita doakan yang baik untuk Fathia. Bagus la jika dia betul-betul sudah berubah. Tapi netizen pun di bulan Ramadhan lebih baik jika kita bercakap sesuatu yang baik-baik.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password