Netizen Tuduh Sofi Jikan Yang Aniaya Farid Kamil? Ni Respon Sofi Jikan… – MEDIA OHSEM

Netizen Tuduh Sofi Jikan Yang Aniaya Farid Kamil? Ni Respon Sofi Jikan… – MEDIA OHSEM

 

Setelah ramai yang berteka-teki mengenai apakah punca Datuk Farid Kamil berkelakuan ganas di balai polis baru-baru ini sehingga disahkan positif ganja, hari ini kes pelakon dan pengarah itu sedikit demi sedikit merungkai segala-galanya

3 Rakan Artis Masukkan Dadah Dalam Minuman Farid Kamil

Hari ini, Farid menerusi laporan polis yang dibuat baru-baru ini mendakwa apa yang berlaku sebelum ini adalah kerana perbuatan khianat 3 orang rakannya yang juga artis yang dipercayai telah memasukkan dadah dalam minumannya.

Tambah Farid, beliau tidak mampu berfikir dengan waras kerana telah meminum air yang dicampur dadah malah turut diberikaan rokok yang bersalut dengan sejenis cecair yang membuatkan dirinya berasa khayal.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat telah mengesahkan pelakon itu telah membuat laporan berkenaan insiden itu serta turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan oleh pihak polis dan menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan dirinya mengalami kecederaan dan mempersoalkan bagaimana foto beliau ditahan di dalam tahanan boleh tular

Siapakah 3 Artis Berkenaan?

Pasti anda ingin mengetahui siapakah 3 rakan artis tersebut yang sanggup melakukan perkara sedemikian rupa pada Farid. Menurut sumber, ketiga-tiga rakan artis tersebut termasuklah seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang pelakon.

Hasil carian Hangat.com menerusi sebuah laman sembang, rata-rata bercakap salah seorang daripada 3 artis tersebut adalah Sofi Jikan. Sejauh manakah benar spekulasi ini, kami sendiri tidak tahu. Mungkin Farid akan dedahkannya tidak lama lagi.

Sofi Jikan enggan ulas laporan polis dibuat Farid Kamil

KUALA LUMPUR – Pelakon Sofi Jikan mendakwa dirinya tahu tentang kemurungan dan masalah yang dihadapi oleh pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil sehingga lelaki itu bertindak ganas dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 11 Januari lalu.

Bagaimanapun, pelakon filem KL Gangster enggan mengulas tentang laporan polis yang dibuat Farid pada 31 Januari lalu apabila mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik kejadian tersebut apabila meletakkan dadah dalam minumannya.

Sebagai rakan rapat yang sentiasa bersama, Sofi menyifatkan Farid ‘sedang sakit’ ketika membuat laporan polis pada 31 Januari lalu berhubung rentetan kejadian itu.

“Saya tahu dia sedang sakit dan apa yang sedang dialaminya. Saya kasihan padanya.

“Tiada komen. Lagipun perkara ini isu sensitif dan di bawah undang-undang. Kalau saya cakap lebih-lebih, nanti orang akan tuduh juga,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Video Sofi Jikan Mengulas Kes Farid Kamil

Sumber: Hangat.com

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password