NETIZEN PERTIKAI ‘TAK NAK SHOW OFF TUNANG’

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: NETIZEN PERTIKAI 'TAK NAK SHOW OFF TUNANG'

 

Nampaknya sehingga kini status sebenar hubungan pelakon Elfira Loy dengan penyanyi Sufian Suhaimi masih lagi menjadi tanda-tanya. Pelbagai khabar angin yang timbul mendakwa mereka sudah putus tunang minggu lalu.

Malah penampilan Sufian yang kelihatan ‘serabut’ serta ‘tidak terurus’ di AJL dan sering meluahkan kata-kata sedih menguatkan lagi dakwaan hubungan mereka sudah berakhir.

Terkini, melalui Insta story, seorang individu telah menyelar tindakan Elfira selama ini yang sering menayang kemewahan termasuk majlis pertunangannya tetapi apabila isu putus tunang tersebar, disorokkkannya pula.

Kata-kata itu sekaligus mencetuskan kemarahan Elfira yang membuatnya tampil untuk sound netizen tersebut di laman Instagramnya. Respon yang diberikan oleh Elfira memang cukup padu.

Elfira menulis kapsyen mengatakan orang luar boleh berspekulasi tetapi tidak akan pernah mengetahui apa yang terjadi sebenarnya. Menurutnya, jika seseorang itu baik, mereka akan sentiasa berfikiran positif mengenai orang lain.

Bagaimanapun, Elfira tetap akan memaafkan dan melupakan setiap yang berlaku kerana itu adalah ajaran agama Islam.

Gara-gara muatnaik tersebut, ada netizen mempertikaikan mengapa Elfira yang sebelum ini sering bercerita tentang kisah cintanya dan majlis pertunangan yang meriah tidak mahu pula ‘show off’ apabila timbul isu putus tunang.

Kenyataan itu menarik perhatian peminat yang menasihati beliau untuk tidak ambil pusing dengan komen ‘haters’ dan mendoakan agar pelakon itu tabah dengan dugaan yang beliau lalui sekarang.

Tapi ada juga yang membangkitkan kembali isu lama ketika Sufian meninggalkan teman wanitanya kerana Elfira dulu.

Bak kata pepatah, manusia hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Kalau benar mereka sudah putus tunang, anggap sahaja sudah tiada jodoh dan teruskan sahaja kehidupan.

.

.

.

.

.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password