Nenek pikun dijel lebih sebulan kerana tebang pokok durian

 

GLOBAL | Seorang wanita yang berusia hampir seabad dihukum penjara 44 hari gara-gara disabitkan kesalahan menebang sebatang pokok durian.

Hakim Mahkamah Negeri Balige, Sumatera Utara mendapati Saulina Boru Sitorus bersama beberapa penduduk kampung di daerah Uluan, Toba Samosir melakukan kesalahan itu dan menyebabkan kerugian kepada pemiliknya.

Semasa perbicaraan, pemilik pokok durian itu mendakwa dia menanggung rugi bernilai ratusan juta rupiah.

Pada perbicaraan itu juga mahkamah diberitahu Saulina, 92, serta enam yang lain menebang pokok durian berkenaan untuk menyediakan satu kawasan bagi pembinaan tugu datuk nenek mereka.

Mengikut kepercayaan penduduk setempat, mereka menyediakan tugu bagi menempatkan tulang-belulang atau rangka nenek moyang yang meninggal dunia dan ditanam di tempat lain sebelumnya.

Ketika disoal di depan hakim pokok durian berkenaan, Japaya Sitorus, bertegas tanaman itu memang miliknya.

“Pohon durian itu milik saya, berumur 10 tahun. Pokok durian tersebut ditebang, kemudian diangkat ke pinggir tambak agar tidak mengenai simen yang sedang dibina,” kata Japaya kepada Tribunnews.

Akan buat rayuan

Dia juga mendakwa pokok durian itu sudah memiliki garis pusat sepanjang hampir 13 sentimeter.

Bagaimanapun ketika hakim menjatuhkan hukuman pada 29 Jan lalu, Japaya tidak hadir di mahkamah.

Enam tertuduh lain bukanlah orang lain pada Saulina. Mereka abang atau adik iparnya sendiri yang berusia antara 46 dan 62 tahun.

Mereka pada 23 Jan lalu dijatuhi hukumen penjara empat bulan 10 hari.

Untuk rekod Saulina lahir pada 1926 atau 19 tahun sebelum Indonesia merdeka. Semasa perbicaraan mahkamah terpaksa menggunakan penterjemah kerana wanita terbabit tidak memahami bahasa Indonesia dengan baik.

Ketika membuat rayuan peguam bela memberitahu Saulina sudah uzur dan keletihan setiap kali perlu hadir ke mahkamah.

Untuk ke mahkamah, dia terpaksa menaiki sampan kayu selama dua jam menyeberangi Danau Toba, dan sampai semula ke rumahnya pada jam 9 malam.

Sementara itu peguam bela Saulina, Boy Raja Marpaung, memberitahu pihaknya akan membuat rayuan atas sabitan berkenaan di Mahkamah Tinggi Medan.

Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password