NEETA KECEWA ‘SAKIT’ DIANGGAP LAGU FATHIA: “TIADA MASALAH”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: NEETA KECEWA 'SAKIT' DIANGGAP LAGU FATHIA: "TIADA MASALAH"

 

“Sebenarnya kesilapan itu tidak disengajakan dan vokalis kami Neeta sedikit terasa memandangkan Sakit adalah lagu IAmNeeta.

“Disebabkan itu, dia menyuarakan rasa kecewa. Bagaimanapun, kami sudah memberi kebenaran kepada Fathia membuat ‘cover version’ lagu itu.

“Saya sendiri tidak sangka lagu ‘Sakit’ mendapat sambutan luar biasa. Bagi saya tiada masalah pun atas kekeliruan yang berlaku.

“Sebaliknya ia bagus untuk kami lebih dikenali terutama pendengar tidak tahu kewujudan IAmNeeta selama ini,” kata komposer dan anggota band IAmNeeta, Patrick Anohada yang mengakui tiada masalah lagu ‘Sakit’ nyanyian band itu disalah sangka sebagai lagu baru pelakon Fathia Latif.

Baru-baru ini hangat lagu ‘Sakit’ dinyanyikan semula Fathia diperkatakan kerana kemerduan suaranya. Tapi disebalik trending lagu ini, penyanyi asal, Neeta berasa sedikit kecewa terhadap sesetengah pihak yang mempromosikan lagu ini sebagai lagu baru milik Fathia.

Video muzik Fathia menyanyikan lagu itu dalam versinya sendiri menjadi trending baru-baru ini selepas dimuatnaik di YouTube dan ramai memuji nyanyiannya.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang bertindak mempromosikan video berkenaan dengan kapsyen mengatakan ia adalah lagu baru pelakon itu.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password