NAZIM: “KATALAH APA SAJA”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: NAZIM: "KATALAH APA SAJA"
Pada Ramadhan pertama lalu, pelakon Nazim othman mengumumkan berita yang agak mengejutkan ramai pihak apabila memberitahu beliau dan Bella Dally sah bercerai

Nazim dan Bella yang bernikah pada 10 September 2016 di Kota Kinabalu, Sabah, itu belum dikurniakan cahaya mata.

Menerusi Insta story, Nazim meluahkan apa yang terbuku di hatinya mengenai hubungan mereka yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Pinta pelakon drama bersiri ‘Monalisa’ itu, beliau hanya mahukan Bella untuk meneruskan hidup dengan tenang.

Jelasnya lagi, awalnya beliau mahu perkara ini dirahsiakan namun, memilih untuk terbuka mengenainya kerana ingin bekas isterinya itu ‘move on’ dan mengejar segala impiannya.

Tambahnya lagi, beliau tidak kisah apa pun orang luar ingin katakan kerana mereka tahu inilah yang terbaik buat mereka.

Difahamkan pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2016. Manakala suatu ketika dulu timbul ura-ura mengatakan rumah tangga pasangan ini bergolak hingga Bella membawa diri ke Sabah.

Siapa sangka disebalik senyuman mereka, tersimpan seribu duka yang hanya mereka saja tahu. Apapun, kami doakan yan terbaik buat mereka berdua.

Jodoh dan ajal di tangan Tuhan, mungkin ini yang terbaik buat pasangan ini. Semoga Nazim dan Bella terus kuat dan tabah menghadapi dugaan besar ini dalam hidup mereka.

Sementara itu, pelakon Elfira Loy menerusi Twitternya, menyifatkan tindakan netizen menuduhnya sebagai punca penceraian Nazim dan Bella sebagai satu fitnah.

Memetik kenyataan yang ditulis, pelakon itu berang dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

“Bulan yang mulia ini tak baik marah-marah tapi sakit jugalah hati ini. Adakah awak Tweet sekadar untuk mendapat RT atau memang nak fitnah saya?” soalnya.

Netizen memetik nama Elfira selaku individu rapat dengan Nazim menjadi punca runtuhnya mahligai yang dibina pasangan Nazim dan Bella.

Malah, Elfira dikatakan bertindak sedemikian selepas ikatan pertunangan dengan Sufian Suhaimi putus beberapa bulan lalu.

.

 

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password