“Nasib mak tak hantar I kat pengasuh, mau beku..” – Anak Normah Damanhuri tak peka sensitiviti?

"Nasib mak tak hantar I kat pengasuh, mau beku.." – Anak Normah Damanhuri tak peka sensitiviti?

Ketika masih ramai berduka atas pemergian adik Adam Rayqal yang begitu tragis apabila mayatnya dijumpai dalam peti sejuk, ada pula segelintir individu yang menjadikan insiden tersebut sebagai satu bahan jenaka.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah menerima kecaman netizen apabila memuat naik sebuah posting yang mengaku jujur tidak menyukai kanak-kanak.

“Aku tak sedih pun pasal kes baby mati tu…” – Attefella

Terbaru, anak perempuan kepada pelakon veteran Normah Damanhuri iaitu Liana Rosli turut memuat naik posting gambar bersama ibunya beserta kapsyen yang berkaitan dengan tragedi berkenaan.

“Nasib baik dulu sayang kecik mak tak hantar kat rumah pengasuh. Mahu beku. Terima kasih mak, kasih sayang mak tiada berbelah bahagi.

“Andai kata ada jodoh baru, mak jangan sayang sangat anak baru na 🤣🤣🤣 Mak tiada dua nya,” kata pengasas produk kecantikan itu di laman Instagram miliknya.

Walaupun mendapat kritikan teruk akibat perbuatan yang dikatakan tiada sensitiviti, namun difahamkan anak keempat Normah itu telah memadam komen-komen tersebut.

Tetapi tinjauan menerusi Twitter mendapati rata-rata berasa bengang dengan kenyataan biadab olehnya yang dianggap sebagai gurauan itu.

.

.

.

Sumber : Liana Rosli , Astrol AWATNI

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password