Namewee berlari keluar dari balai

 

Penyanyi rap Namewee dibebaskan dengan ikat jamin hari ini selepas tamat tempoh reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung penerbitan klip video “Like a Dog” yang mencetuskan kontroversi.

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee dibebaskan daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 1.45 tengah hari tadi, kata peguamnya Joshua Tay.

“Kami memberikan kerjasama penuh kepada polis sepanjang siasatan dan berharap tidak akan ada dakwaan,” katanya kepada Malaysiakini.

Sejumlah wartawan yang menunggu Namewee di sana bagaimanapun gagal menemubualnya apabila beliau yang berbaju kelabu dan mengenakan penutup muka terus berlari sebaik keluar daripada pintu utama IPD.

Beliau kemudian memasuki kereta Proton Exora berwarna merah yang terus meninggalkan perkarangan IPD.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pagi tadi berkata kertas siasatan akan dihantar kepada Timbalan Pendakwaraya (DPP) untuk tindakan lanjut.

Fuzi sebelum ini berkata penyanyi berusia 34 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Namewee memuatnaik “Like a Dog” di laman Youtube rasminya pada 10 Februari lalu sempena sambutan Tahun Baru Cina. Berdasarkan kalendar lunar, anjing merupakan haiwan zodiak bagi tahun ini.

Antara yang mencetuskan kontroversi adalah apabila video tersebut menjadikan Pejabat Perdana Menteri sebagai salah satu latarnya.

[Baca berita asal]

Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password