Nama Datuk Siti Nurhaliza Tersenarai Dalam 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

Penyanyi popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi tersenarai sebagai sebagai seorang daripada 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia, kali ketiga berturut-turut.

Kali pertama namanya tersenarai dalam The Muslim 500 : The World’s 500 Most Influential Muslim pada tahun 2016, pelontar suara untuk pelbagai lagu hit antaranya Biarlah Rahsia ini sekali lagi tersenarai untuk tahun ini dalam kategori kesenian dan kebudayaan.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Alhamdulillah kerana tahun ini saya tersenarai bagi tahun yang ketiga. Ia tentu saja penghormatan besar buat diri saya.


“Saya yakin, setiap individu mempunyai peranan dan sumbangan mereka tersendiri. Begitupun, setiap perkara dilakukan itu bukan semata-mata untuk mendapat penghargaan atau pengiktirafan.


“Sebagai seorang Muslim dan anggota masyarakat, saya berasa perlu terbabit sama, tidak kira apa jenis pekerjaan, bidang diceburi mahupun komitmen terhadap agama, bangsa dan negara.


“Dengan kemampuan yang ada, saya sedaya upaya mahu mengambil bahagian dalam apa juga pembangunan dan aktiviti yang merapatkan kita sebagai Muslim seluruh dunia, mengukuhkan agama serta memperlihatkan contoh terbaik buat semua,” kata Siti.

Ujarnya lagi, segala pencapaian dan penghargaan yang diterimanya adalah berkat usaha serta sokongan insan tersayang, termasuklah peminat-peminatnya.

Selain berita gembira mengenai kehamilannya, pengiktarafan yang diberi ini ternyata adalah berita baik untuk Siti sekali lagi tahun ini.

13 Oktober lalu, sehari selepas Siti mendedahkan kehamilannya kepada orang ramai, lagu Seluruh Cinta yang didendangkan bersama-sama dengan Cakra Khan pula diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Tema Sinetron Tersilet yang meraih anugerah tersebut atas kapasiti lagu tema drama Cahaya Hati yang disiarkan di negara jiran itu.

Ketika mengulas mengenai kehamilannya yang sudah memasuki 5 bulan, Siti bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik oleh-Nya.

“Saya tidak mengidam yang bukan-bukan sangat. Alhamdulillah,” katanya ringkas.

Sumber : BH Online



Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password