‘Nak Tanya Sikit Ya? Nak Up Kan Isu Poco-Poco Kenapa,Niat Nak Perli..’ – Netizen Tuduh Abby Abadi Dengki Dengan Fattzura.

'Nak Tanya Sikit Ya? Nak Up Kan Isu Poco-Poco Kenapa,Niat Nak Perli..' - Netizen Tuduh Abby Abadi Dengki Dengan Fattzura.

Tiba-tiba pelakon, Abby Abadi dituduh ‘dengki’ dengan majlis kahwin seorang rakan selebriti hanya kerana menari tarian ‘poco-poco’ di majlis tersebut.

Sebelum ini, Abby ada memuat naik satu video ceramah agama mengenai tarian poco-poco yang dikatakan mempunyai pergerakan berbentuk salib.

Bagaimanapun, ternyata ada yang tidak senang dengan perkongsian Abby tersebut kerana individu tersebut kemudiannya ‘menasihati’ Abby melalui ‘private DM’.

“Assalamualaikum, Ustazah Yebby. Maaf nak tanya sikit kenapa yan tiba-tiba nak up kan isu poco-poco, sebelum ini tiada pula.

“Adakah niat nak perli majlis ‘wedding’ Fattzura. Kalau niat macam itu tidak baguslah, selama ini respect kat awal tapi skearang ini tidak sebab cara tu suka cari kesalahan.

“Saya berada di majlis wedding tu tak nampak pun mana silapnya Fattzura menari sekadar suka-suka untuk hiburkan tetamu bukan niat nak syirik atau menari salib.

“Buang sikit sikap PHD ya, betulkan niat sebelum cari salah orang, kaji salah sendiri dahulu,” tulisnya.

Amboi, marah betul individu tersebut, MH rasa mesti peminat tegar Fattzura kan? Ternyata teguran tersebut mendapat perhatian daripada Abby yang memberikan respon di kapsyen foto tersebut.

“Ni apa pula ni, kawan-kawan tolong sembang jap dengan yang tak puas hati dengan saya ini. Saya sibuk cari rezeki jap.

“Asal terasa je kata saya dengki kat artis tu, artis ini. Oh Malaysiaku!,” luahnya.

Ni apa pulak ni? 🤔 Kawan2 tolong sembang jap dengan yg tak puashati dgn Sy ni… Sy busy cari rezeki jap 🙊👻 . Asal terasa je kata Sy dengki kat artis tu, artis ni.. oh malaysiaku 🙄

Kadang-kadang pelik juga kenapa lah banyak sangat isu tak puas hati pada pasangan Fattzura ni? Dia orang elok je tak kacau orang tapi kenapa ya peminat yang lebih?

Mungkin betul lah cakap otai-otai lama dalam industri, peminat sekarang, fanatik dia lain macam sampai tak boleh sentuh langsung artis kesayangan mereka ini.

Apa-apapun, harap peminat selepas ini lebih rasional dalam membuat ‘tuduhan’.

.

.

.

.

Sumber: Intagram Abby Abadi

Sumber :KakiShareTV

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password