”Nak Masak Apa Hari Nie? Setiap Hari ‘Struggle’ Fikir Menu Sampai Pening Kepala”, – Masalah Sama Dihadapi Semua Mak-Mak

Bergelar seorang isteri dan ibu bukanlah tugas yang mudah. Menguruskan rumah tangga ditambah dengan bebanan kerja pasti setiap wanita harus membahagikan masa mereka dengan sebaik mungkin.

Salah satunya, adalah memasak untuk keluarga. Air tangan ibu sudah tahu pasti tiada tandingannya. Tapi sebut sahaja masak, ada satu masalah sama yang dihadapi setiap hari, ”nak masak apa harini ya?” Realiti para wanita, ‘struggle’ nak fikir menu, fuhh lagi susah dari memasak. Sudahnya menu yang sama diulang berhari-hari.

Perkongsian oleh Fynn Jamal melalui laman facebooknya mungkin mewakili suara hati setiap ibu-ibu. Tipsnya, suami kalau nak makan, sila ‘mintak’ pada isteri mahu makan apa, dengan senang hatinya mereka memasak untuk anda dan anak-anak. Kan mudah, isteri lagi suka, tugas memasak mereka jadi mudah. Tak begitu wanita?

Jom kita baca perkongsian beliau di bawah ini. Reaksi yang diterima dari netizen juga kelakar, rata-ranya menyuarakan ‘masalah’ yang sama.

Lepas subuh daddy cakap “mami, nak nasi lemak” maka dgn pantas melincah kita bikin.

Tips utk suami dan anak2. MINTAK. sumpah tak marah. sumpah tak benci. malah lagi suka!Ketahuilah 20 minit sehari masa kami ibu2 terbazir depan fridge. renung barang dapur yang dingin tu— PIKIRRR nak masak apa. kombinasi dgn apa.

Itu tak termasuk 40minit sia2 di giant sibuk mencongak apa patut beli sebab nak rancang makanan seminggu ni dia bukan boleh main random. ada hari kena ikut suasana.

Sebagai contoh : hari hujan masa sup2 pedas atau tom yam. hari demam masak bubur. hari panas buat dessert. percayalah, abang tukang masak kat restoran lagi senang kije sebab ada arahan. so ask away. kami bersedia mengambil tempahan.

Sekian memorandum saya. seorang surirumahtangga sedia berkhidmat pada bila2 masa.

Lepas nie para suami sila ambil perhatian, jangan biarkan isteri anda pening memikirkan menu ya. Win sungguh reaksi dari netizen, nampaknya rata-rata bersatu hati dalam ‘masalah’ ini.

.

Masak pekerjaan paling senang, tapi memikirkan menu itu yang susah rupanya !

.

.

Bila suami atau anak request nak makan apa, maka mudahlah tugas memasak mak-mak.

.

.

Lucu, reaksi yang diterima daripada netizen, sampai sakit kepala fikir.

.

 

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password