Nak Hidung Mancung, Tapi Terpaksa Tanggung Derita Silikon Tertonjol Keluar Dari Batang Hidung

 

2 Jan – Impian seorang wanita untuk memiliki hidung yang mancung bertukar menjadi mimpi ngeri apabila silikon yang ditanam tertonjol keluar dari batang hidungnya.

Wanita yang berasal dari selatan Thailand itu berkongsi gambar pembedahan hidungnya yang tidak menjadi untuk memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menjalani rawatan seperti itu di klinik yang tidak mempunyai latar belakang yang baik.

Menurut wanita yang tidak mahu namanya didedahkan, dia menjalani pembedahan itu di sebuah klinik di Bandar Hat Yai, yang menawarkan pembedahan hidung (rhinoplasty) pada harga murah.

Wanita itu mengalami jangkitan yang menyebabkan keradangan di bahagian yang dibedah. Malah, implan tersebut telah tertonjol di bahagian atas batang hidungnya.

Menurut wanita itu, dia kembali semula ke klinik berkenaan untuk menuntut ganti rugi, malangnya pihak klinik tersebut menolak dan mengatakan mereka tidak bertanggungjawab atas mana-mana pembedahan yang gagal.

Sebuah klinik pembedahan plastik di Bangkok bersimpati dengan nasib wanita tersebut dan menawarkan bantuan untuk merawat dan mengeluarkan implan silikon tersebut secara percuma.

Akibat dari pembedahan yang gagal itu, wanita itu kini mempunyai lubang dan parut di wajahnya. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada dia ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap klinik berkenaan. – Siakapkeli.my

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password