‘Nak Acah-Acah Ada Sifat Keibubapaan Kena Ada Baby Monkey!’ – Binatang Hidup Terseksa..

‘Nak Acah-Acah Ada Sifat Keibubapaan Kena Ada Baby Monkey!’ – Binatang Hidup Terseksa..

 

 

Pada hari ini, dapat kita lihat ramai orang menjadikan anak monyet atau baby monkey sebagai binatang peliharaan baru. Mereka ini lebih menggemari binatang ini kerana baby monkey lebih manja dan comel dibandingkan dengan yang lain. Kononnya bagi animal lover seperti mereka, membela baby monkey adalah sesuatu yang cool.

Namun, sedarkah anda bahawa binatang ini tidak sesuai hidup di dalam persekitaran seperti kita? Menurut seorang individu di facebook, baby monkey sangat terseksa kerana keadaan tidak sesuai. Malah mereka juga hanya dapat hidup hanya beberapa bulan sahaja di bawah jagaan tuan.

Tambahnya lagi, binatang ini mempunyai sistem penghadaman yang sangat kompleks, makanan dan susu yang diberikan tidak sesuai lalu membunuh mereka perlahan-lahan.

Nak Nampak Cool Dan Cute Kena Ada Baby Monkey

Antara peniaga2 yang hanya nak pentingkan Wang ringgit

.

Injured sikit?? Mari sini aku buat mata kau mcm tu.Selalunya keluarga baby monkey ini akan terbunuh dan mereka akan tercedera ketika proses pemburuan #babymonkey

Manusia yg kreatif. Tahniah kerana dpt dosa menggalakkan membela hidupan liar

Cirit-birit dan muntah-muntah adalah symptoms awal sebelum kematian

Kesiannya, semoga dengan viralnya kisah ini lebih ramai yang peka dengan hidupan ini. Janganlah kerana pentingkan diri sendiri haiwan ini hidup terseksa.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password